Surau Mukhlisin merupakan sebuah surau yang terletak di Fasa
Ockberry, Taman Pelangi Semenyih 2. Pada masa ini, Surau Mukhlisin tidak
mempunyai bangunan tetap, Sementara menunggu proses pembinaan surau tetap ini siap,
pihak jawatankuasa surau telah menyewa sebuah rumah sebagai surau sementara.
Sejarah Ringkas
Keperluan membina sebuah surau sementara ini bermula apabila terdapat permintaan daripada penduduk untuk mengadakan Solat Tarawikh secara berjemaah. Hasil kerjasama penduduk serta sumbangan dan tajaan daripada pelbagai pihak, surau sementara ini telah berjaya didirikan di No.42A, Jalan TPS 2/7.